Menjadi Lebih Baik

  • Home
  • Ringkasan Kajian
  • Info Kajian
  • Tentang kami

Berkat Kejujuran Syeikh Abdul Kadir

Betacenturia   Kisah-kisah   13.31   0 Comments

Syeikh Abdul Kadir semasa berusia 18 tahun meminta izin ibunya merantau ke Baghdad untuk menuntut ilmu agama. Ibunya tidak menghalang cita-cita murni Abdul Kadir meskipun keberatan melepaskan anaknya berjalan sendirian beratus-ratus batu. Sebelum pergi ibunya berpesan supaya jangan berkata bohong dalam apa jua keadaan. Ibunya membekalkan wang 40 dirham dan dijahit di dalam pakaian Abdul Kadir. Selepas itu ibunya melepaskan Abdul kadir pergi bersama-sama satu rombongan yang kebetulan hendak menuju ke Baghdad.



Dalam perjalanan, mereka telah diserang oleh 60 orang penyamun. Habis harta kafilah dirampas tetapi penyamun tidak mengusik Abdul Kadir kerana menyangka dia tidak mempunyai apa-apa. Salah seorang perompak bertanya Abdul Kadir apa yang dia ada. Abdul Kadir menerangkan dia ada wang 40 dirham di dalam pakaiannya. Penyamun itu hairan dan melaporkan kepada ketuanya. Pakaian Abdul Kadir dipotong dan didapati ada wang sebagaimana yang diberitahu.



Ketua penyamun bertanya kenapa Abdul Kadir berkata benar walaupun diketahui wangnya akan dirampas? Abdul Kadir menerangkan yang dia telah berjanji kepada ibunya supaya tidak bercakap bohong walau apa pun yang berlaku. Apabila mendengar dia bercakap begitu, ketua penyamun menangis dan menginsafi kesalahannya. Sedangkan Abdul Kadir yang kecil tidak mengingkari kata-kata ibunya betapa dia yang telah melanggar perintah Allah sepanjang hidupnya. Ketua penyamun bersumpah tidak akan merompak lagi. Dia bertaubat di hadapan Abdul Kadir diikuti oleh pengikut-pengikutnya.




Moral & Iktibar



Ilmu Agama perlu dituntut meskipun terpaksa berjalan jauh.


Kata-kata ibu menjadi pendorong dan perangsang dalam hidup.


Berkata benar adalah satu kekuatan yang boleh memberi keinsafan kepada orang lain.


Niat yang baik dan ikhlas mendapat keberkatan daripada Allah.




Kisah-kisah

Related Posts

Tidak ada komentar

Posting Komentar

Posting Lebih Baru Posting Lama Beranda

Kunjungi

Entri Populer

  • Cara Mengkafani Jenazah Berihram
    One Day One Hadist (ODOH)383 عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ رضي الله عنهما قَالَ : بَيْنَمَا رَجُلٌ وَاقِفٌ بِعَرَفَةَ , إذْ وَقَعَ عَن...
  • MENGAPA ORANG MUSLIM TERBAGI MENJADI BERBAGAI ALIRAN/AJARAN DENGAN PEMIKIRAN YANG BERBEDA?
    MENGAPA ORANG MUSLIM TERBAGI MENJADI BERBAGAI ALIRAN/AJARAN DENGAN PEMIKIRAN YANG BERBEDA? Pertanyaan: Seluruh umat muslim mengikuti satu ...
  • Mengatasi Marah Secara Baik
    Bagaimana cara menghilangkan marah? Rasulullah memberikan beberapa resep yang bisa kita amalkan. Inilah beberapa cara untuk mencegah atau ...
  • Info kajian : Sabtu 17 Jumada Tsani 1437 H/ 26 Maret 2016
    Info Taman Syurga Hari Sabtu 17 Jumada Tsani 1437 H/ 26 Maret 2016 ======= Tempat  : Masjid Ar Rahmat. Jl. Anggrek Cendrawasih. Slipi. Jak...
  • Kenali Rabbmu,Maka Engkau Akan Bahagia
    Ringkasan Kajian Ilmu Sahabat Imanuddin Senin, 22 Februari 2016 Ust. Dr. Khalid Basalamah,MA Kenali Rabbmu,Maka Engkau Akan Bahagia Se...
  • BIOGRAFI SYAIKH SA’AD ASY-SYATSRI
    BIOGRAFI SYAIKH SA’AD ASY-SYATSRI Beliau lahir di kota Riyadh 5 Oktober  1967, kemudian dibesarkan di sebuah keluarga yang mencintai Ilmu. ...
  • Apakah (huruf waw yang menunjukkan jamak) yang paling berharga yang disebutkan di dalam al- Qur'an ?
    ما هي أغلى  " واو   جماعة "   ذُكِرَت في الـقـرآن الكريم ؟  Apakah (huruf waw yang menunjukkan jamak) yang paling berharga yang ...
  • Ustadz Firanda Andirja, MA , Hadits 02| Sifat Pemarah (Bagian 3)
    🌍 BimbinganIslam.com Rabu, 07 Jumādal Akhir 1437 H / 16 Maret 2016 M 👤 Ustadz Firanda Andirja, MA 📗 K...

Copyright © Menjadi Lebih Baik